Beliau mengingatkan petani yang membakar jerami dalam sawah supaya sentiasa memantau agar api tidak merebak terutama yang berhampiran lebuh raya dan asapnya tidak membahayakan pemandu kenderaan.

Katanya, pembakaran jerami padi dibenarkan mengikut undang-undang namun tertakluk kepada syarat-syarat termasuk saiz pembakaran.

“Kelonggaran pembakaran jerami adalah bertujuan untuk menghapuskan perosak tumbuhan serta membekalkan nutrien baja dalam sawah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini, bagi mengulas jumlah pembakaran jerami yang meningkat selepas musim menuai sekarang.

Beliau menasihatkan para petani agar membakar jerami dalam skala kecil dan berperingkat-peringkat untuk mengelak pencemaran udara.

Mat Rawi berkata, kesalahan membakar sekam padi boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 atau jika dihadapkan ke mahkamah boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara. - BERNAMA