Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamad menyerahkan kerusi roda itu kepada Md Rozi, 63, di kediamannya di Kampung Baru, Chuping di sini, hari ini.


Bekas konstabel polis itu mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya yang telah meninggal dunia dan turut menjadi penjaga kepada seorang lagi anak berstatus OKU .


Anak-anaknya itu yang berusia dari 5 hingga 16 tahun dan masih bersekolah sementara isteri keduanya, Faridah Din, 35, tidak bekerja.


Menurut Noor Mushar, kerusi itu disumbangkan oleh pasukan polis dan Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia yang menghargai jasa dan sumbangan pesara-pesara polis.


Selain kerusi roda, bantuan lain yang merupakan barangan keperluan harian seperti beras, tepung dan minyak masak disampaikan kepada Md Rozi yang berkhidmat hampir 35 tahun dalam pasukan polis sebelum bersara pada 2010. - BERNAMA