WARI KIEW
WARI KIEW 

Berikutan itu, polis kini sedang giat memburu suspek selepas mengenal pasti identiti lelaki ber­kenaan melalui MyKad tersebut.

Ketua Polis daerah, Superin­tenden Wari Kiew berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, suspek datang ke premis berkenaan dan berpura-pura sebagai pelanggan untuk membeli telefon bimbit.

Katanya, suspek meminta pemilik premis terbabit mengeluarkan sebuah telefon bimbit berjenama untuk dilihatnya terlebih dahulu dan bertindak melarikan barangan tersebut selepas itu.

“Pemilik kedai berjaya menarik beg sandang di bahu suspek dan berlaku sedikit pergelutan antara mereka.

“Bagaimanapun suspek berjaya melarikan diri dengan sebuah motosikal, namun beg miliknya itu berjaya dirampas pemilik kedai terbabit. Di dalam beg tersebut, ditemukan MyKad mangsa,” katanya.

Wari berkata, berikutan kejadian itu, pemilik kedai tersebut mengalami kecedera­an ringan dan telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik di sini sebelum melaporkan kes itu kepada polis.

“Kita sudah kenal pasti dan yakin lelaki itu diberkas tidak lama lagi memandangkan dokumen pengenalan dirinya berada di tangan pihak polis,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan ke­rana mencuri,” katanya.