Baginda bertitah, perkara itu yang selalu diambil perhatian oleh One Centre Malaysia Perlis dalam menyebar luaskan mengenai keindahan agama Islam kepada masyarakat.

Titah baginda, One Centre Malaysia Perlis adalah sebuah organisasi di bawah naungan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang bertujuan membetulkam sebarang salah faham masyarakat terhadap Islam selain memperkenalkan agama itu kepada bukan Islam.

“One Centre Malaysia Perlis juga merupakan salah satu medium yang berperanan sebagai penghubung kepada perpaduan antara agama dan kaum tanpa mengenepikan prinsip Islam,” titah baginda ketika merasmikan pejabat One Centre Malaysia Perlis di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia negeri, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu; Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan barisan Exco kerajaan negeri.

Sehubungan itu, baginda berharap agar One Centre Malaysia Perlis mampu mencapai visinya untuk menjadi peneraju agama Islam secara harmoni dan terunggul di rantau Asia menjelang tahun 2035.

“Saya juga ingin menyeru semua pihak untuk terus memberikan kerjasama, sumbangan dan idea kepada One Centre Malaysia Perlis.

“Pihak One Centre juga menyediakan ruang bagi masyarakat untuk menyumbang tenaga terutamanya remaja bagi menyertai program sukarelawan di mana mereka akan diberikan pendedahan kaedah berdakwah, peluang berdakwah serta menjayakan program-program yang diadakan,” titah baginda. - UTUSAN ONLINE