Majlis makan malam yang diadakan bersempena program Islamic Fashion Festival (IFF) 2018 itu adalah bagi mengumpul dana dan sumbangan tajaan dalam menguruskan kejohanan Woodball Piala Dunia ke- 9 (WCWC) di Perlis pada tahun 2020.

Presiden PWNPs, Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, mereka yang ingin menyertai majlis itu boleh membeli meja iaitu bagi meja Diraja berharga RM40,000; meja tetamu kenamaan, RM30,000; meja tetamu, RM25,000 dan individu berharga RM2,500.

“Semua sumbangan hendaklah disalurkan kepada Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis melalui akaun Maybank 009017602825 sebelum 20 November ini.

“Sebarang persoalan lanjut bolehlah menghubungi Setiausaha PWNPs, Rusli Abd. Hamid di talian 019-5702288 atau Setiausaha YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd Darus di talian 013-3079792,” katanya pada majlis pelancaran promosi majlis makan malam tersebut di Galeri Diraja Arau di sini, baru-baru ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Penaung Diraja PWNPs.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.- UTUSAN ONLINE