Dalam tempoh itu, bukan sahaja mereka mengalami gangguan psikologi setiap hari, tetapi lebih malang perbuatan pihak berkenaan telah mengakibatkan kawasan pertanian seluas 50 hektar itu kerap diserang makhluk perosak seperti tikus.

Berikutan padi yang dirosakkan tikus, mereka terpaksa menanggung kerugian mencecah puluhan ribu ringgit setiap kali musim penanaman.

Hasil tinjauan Utusan Online mendapati longgokan sampah sarap termasuk kaca, lampin pakai buang dan sisa makanan memenuhi lokasi tersebut. Lebih menjijikkan, turut kelihatan bangkai tikus sehingga menjejaskan pemandangan dan bau busuk.

AHMAD NORDIN menunjukkan padi yang rosak akibat serangan tikus di kawasan sawah Utan Aji, Kangar, Pe

AHMAD NORDIN menunjukkan padi yang rosak akibat serangan tikus di kawasan sawah Utan Aji, Kangar, Perlis hari ini. - UTUSAN ONLINE

Pesawah, Ahmad Nordin, 59, berkata, banyak benih padi yang ditanamnya dan para pesawah lain pada musim ini rosak akibat serangan tikus.

Selain itu, katanya, air hujan daripada kawasan sampah itu turut mengalir ke dalam sawah yang mendorong penyusutan kualiti padi.

“Kami rugi banyak akibat masalah ini. Bayangkan kami terpaksa berhadapan dengan serangan tikus dan bau sampah sekali gus menyebabkan persekitaran kami menyeksakan.

“Ada yang sesuka hati membuang sampah tanpa menyedari ia mengundang masalah besar kepada para petani,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

BANGKAI tikus yang ditemui di kawasan sawah di Utan Aji, Kangar Perlis. - UTUSAN ONLINE

BANGKAI tikus yang ditemui di kawasan sawah di Utan Aji, Kangar Perlis. - UTUSAN ONLINE

Seorang lagi pesawah, Mohamad Ismail, 74, pula berkata, gangguan dan serangan tikus itu menyebabkan anak padi di bahagian tepi bendang tersebut tidak menjadi.

“Musim ini sahaja para petani mengalami kerugian besar kerana sudah tiga kali terpaksa menabur semula benih (padi). Kami barharap Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang menyelia kawasan ini dapat membantu menyelesaikan masalah yang menjadi bebanan para petani sejak 10 musim itu (lima tahun),” katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan Komunikasi Korporat Ibu Pejabat MADA, Mohd. Hafizi Zakaria ketika dihubungi mengakui wujud serangan tikus yang serius terutama padi di Kampung Guar Ujung Batu.

“Kita akan mengadakan perbincangan segera bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bagi tujuan pembersihan sampah haram ini seterusnya menjalankan operasi kawalan tikus bersepadu di kawasan yang terjejas,” katanya. - UTUSAN ONLINE