Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pendidikan mampu memberikan impak yang besar dalam melahirkan generasi yang cemerlang dalam pelbagai aspek.

“Sudah tiba masanya untuk semua para pendidik dan ibu bapa tidak hanya memberikan fokus terhadap kecemerlangan akademik semata-mata, sebaliknya matlamat untuk menjadi seorang rakyat yang memberikan manfaat dan berguna kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara juga adalah dituntut”, titah baginda

Titah baginda selepas berkenan berangkat menyempurnakan penyerahan sumbangan agihan zakat MAIPs bersempena program kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ yang bermula dan berakhir di Masjid An Nur, Universiti Teknologi Mara Cawangan Perlis di Arau baru-baru ini.


Keberangkatan baginda disambut oleh Rektornya, Zailuddin Ariffin serta timbalan-timbalan beliau.


Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs masing-masing menerina RM600 kepada 54 pelajar UiTM Perlis dari golongan asnaf yang berasal dari seluruh pelusuk tanah air.


Program kayuhan kali ini dianjurkan dengan kerjasama UiTM Perlis mengambil sempena Istiadat Konvokesyennya yang ke 89 kali ini. - UTUSAN ONLINE