Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Azman Shah Ismail berkata, cuaca baik dengan suasana mendung pada sebelah pagi ini mendorong kepada penurunan bacaan IPU itu.

Katanya, setakat pukul 2 petang ini, bacaan IPU di negeri ini direkodkan pada tahap 31 dan dijangka trend penurunan bacaan IPU itu akan berterusan.

“Punca jerebu yang berlaku pada Sabtu lalu sehingga semalam adalah berpunca daripada aktiviti pembakaran dan pencemaran yang berlaku di negara jiran.

“Melihat kepada keadaan yang semakin baik, orang ramai Sudah boleh melakukan aktiviti luar seperti biasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Utusan Online melaporkan sejak Sabtu lalu sehingga semalam bacaan IPU di negeri ini melebihi bacaan 100 iaitu paras udara tidak sihat. - UTUSAN ONLINE