Keluarga berkenaan juga didapati hidup dalam keadaan daif dan serba kekurangan.

ZAHARI KASSIM
ZAHARI KASSIM 

Jiran suspek, Zahari Kassim, 56, berkata, dia dan dua rakannya membuat kutipan wang baru-baru ini untuk membeli makanan dan barang keperluan buat keluarga tersebut

Katanya, sumbangan tersebut diberikan pada Isnin lalu iaitu sehari sebelum kematian bayi itu.

“Pada masa itu saya lihat bayi dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan pada mukanya. Bagaimanapun, isteri suspek beritahu bayinya tidak sihat kerana sudah dua hari tidak dapat membuang air besar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Zahari, dia mengetahui suspek ada masalah berkaitan mental tetapi tidak pernah nampak lelaki berkenaan mengamuk mahupun berkelakuan agresif di kampung ini.

Utusan Online hari ini melaporkan seorang bayi berusia enam bulan maut dipercayai kesan daripada dipukul oleh bapa kandungnya sendiri di sebuah rumah di Batu Tiga Kampung Baroh Jalan Santan, Ngulang di sini, pada Sabtu lalu.

Selepas beberapa hari berada dalam keadaan tidak bermaya, bayi perempuan berkenaan disahkan meninggal dunia pada pukul 3.24 petang semalam.- UTUSAN ONLINE