Dalam serbuan pukul 10.15 malam itu, polis turut merampas selaras senapang patah bersama lapan butir kelongsong peluru, sejumlah peralatan perjudian dan wang tunai berjumlah kira-kira RM35,000.

Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. berkata, ketika serbuan, kesemua lelaki berusia 30 hingga 49 tahun itu sedang bermain judi di bahagian belakang rumah.

Katanya, sebaik sahaja polis memperkenalkan diri, seorang daripada suspek cuba melarikan diri tetapi dapat diberkas.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati senjata itu adalah milik anggota Rela tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan kesemua mereka direman selama empat hari bermula hari ini. - UTUSAN ONLINE