Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, pembayaran itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan bakinya menjelang Hari Raya Aidilfitri depan.

Kata beliau, bayaran sebanyak RM750 juga akan diberikan kepada pesara kerajaan secara dua kali bayaran seperti mana penjawat awam.

“Kerajaan negeri menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada penjawat awam negeri yang telah sekian lama bersama pentadbiran,” katanya semasa membentangkan Bajet 2018 di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE