Bagaimanapun, untuk menyediakan baju raya baharu serta kelengkapan lain menyambut lebaran, Osman atau lebih mesra dipanggil Pak Man masih belum mampu, berikutan pendapatannya yang tidak seberapa.

Jika tahun-tahun sebelum ini, Pak Man menggunakan duit daripada bantuan khas kerajaan sempena Aidilfitri untuk menyediakan kelengkapan raya dan tahun ini, warga emas tersebut turut berharap perkara sama berlaku.

OSMAN ABDULLAH
OSMAN ABDULLAH 

“Jika tahun-tahun sebelum ini dapat duit raya daripada kerajaan, ringanlah sikit beban kami nak sediakan kelengkapan raya.

“Tahun ini, pak cik tidak beli lagi baju raya, hanya lepas bayar zakat fitrah sahaja terlebih dahulu. Insya-Allah jika ada rezeki lebih selepas ini atau kerajaan dapat memberi bantuan hari raya, pak cik bolehlah beli baju raya.

“Kami berharap, kerajaan dapatlah pertimbangkan memberi bantuan Aidilfitri seperti tahun-tahun sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan supaya mempertimbangkan rayuan untuk pemberian insentif Hari Raya Aidilfitri kepada peneroka Felda di seluruh negara.

Anwar dilaporkan berkata, kegelisahan dan kesempitan hidup peneroka Felda bagi menghadapi bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri adalah benar berlalu, jadi pemberian insentif tersebut walaupun sedikit setidaknya mampu meringankan beban peneroka

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keutamaan kerajaan kini ialah untuk memastikan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil dibayar kepada peneroka sebelum Aidilfitri.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula mengakui tidak tahu sama ada bayaran insentif Hari Raya Aidilfitri akan diberikan atau tidak kepada 112,653 peneroka Felda.

MANAF MAT
MANAF MAT 

Sementara itu, seorang lagi peneroka, Manaf Mat, 71, berharap kerajaan dapat memberi inisiatif kepada penoreh seperti amalan kerajaan sebelum ini sekali gus meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri.- UTUSAN ONLINE