golf-3
 

Che Me Che Man(43 mata) muncul juara, Nazmi Sabu (42 mata OCB) naib johan dan Mohd Zukri (42 mata OCB) mendapat tempat ke tiga bagi kategori ‘Terbuka’ dalam pertandingan tahunan yang dianjurkan oleh KGP Perlis dengan kerjasama Kerajaan Negeri.

Sementara itu, Shaidan Nordin (40 mata OCB) muncul juara kategori ‘Senior’, Tan Sri Mohd Zabidi Zainol (39) johan ‘VIP’ dan Anis Sofea Hanlussalam (30) pemenang ‘Remaja’.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Presiden Kelab Golf Putra Perlis berkenan berangkat menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Untuk rekod, hujung minggu yang lalu menyaksikan ribuan atlet bertandang ke negeri Perlis bagi mengambil bahagian di dalam jenis sukan masing-masing yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Tuanku Raja Perlis yang ke 76 yang bakal tiba pada 17 Julai ini.

Selain golf, berlangsung juga “Kejohanan Ragbi DiRaja Perlis Terbuka 7 Sepasukan (Royal Perlis 7's) 2019”, “Kejohanan Hoki Piala Ketua Polis Negara’ di Stadium Hoki Astroturf Negeri dan juga pertandingan bolasepak merebut “Piala Tuanku Syed Putra’ Kor Rejimen Renjer DiRaja Tentera Darat Malaysia yang mana Tuanku Raja Perlis ialah Tuanku Kolonel Yang DiPertua kor infantri berkenaan.

golf-1