Izmi Ismail
Izmi Ismail 

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, Izmi Ismail berkata para pelajar itu tercicir antara 30 dan 60 hari berturut-turut tahun lepas dan tidak membuat rayuan untuk menyambung semula pelajaran dalam tempoh 30 hari.


Beliau memberitahu Bernama, Perlis dipilih sebagai negeri perintis Operasi Cicir Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilancarkan pada Ogos tahun lepas.


Anggota Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad menyerahkan surat penempatan semula pelajar terbabit dalam satu majlis di JPN di sini, hari ini. - BERNAMA