Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, setakat ini, sebanyak 18 buah klinik di bawah Program Pembangunan Usahawan Profesional (Prospec) itu telah beroperasi di seluruh negara.

Selain itu, jelas Rina, pihaknya juga bercadang untuk membantu usahawan membuka farmasi selepas melihat kejayaan operasi U.n.i Klinik ini pada masa depan.

“Ini adalah antara program untuk membantu golongan profesional menjadi usahawan. Sebelum ini, kita sudah adakan seminar bersama kira-kira 300 orang (doktor perubatan), kemudian 18 daripada mereka yang didapati layak, telah pun membuka U.n.i Klinik di seluruh negara.

“Proses seterusnya adalah mengenai pasti 22 lagi klinik yang menjadikannya sebanyak 40 buah klinik menjelang penghujung 2020. Kita bukan sahaja melahirkan usahawan tetapi dapat membantu memberi perkhidmatan kepada masyarakat sama ada di bandar dan luar bandar,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan U.n.i Klinik cawangan Mata Ayer di sini hari ini.

U.n.i Klinik cawangan Mata Ayer di sini yang mula beroperasi sejak 2 Mei lalu merupakan klinik ke-18 ditubuhkan di bawah program berkenaan. Kos pembukaan sebuah klinik U.n.i Klinik adalah sebanyak RM300,000 sebuah menerusi pembiayaan di bawah Prospec.

 

U.n.i Klinik kini berada di seluruh negara dengan menawarkan konsep perkhidmatan perubatan mampu milik untuk seluruh rakyat.

Tambah Rina, sejak diperkenalkan tahun lalu, klinik berkenaan mendapat sambutan yang baik selain caj yang dikenakan kepada pesakit sangat berpatutan bagi membantu rakyat.- UTUSAN ONLINE

 

Info:

18 U.n.i Klinik sehingga kini

1.)Mata Ayer

2.)Kuala Ketil

3.)Bertam, Kepala Batas

4.) Kota Damansara

5.)Wangsa Maju

6.)Batu, Sentul

7.)Shah Alam, Seksyen 13

8.) Kota Kemuning

9.) Bandar Sunway

10.) Presint 11, Putrajaya

11.)Crystalville Cyberjaya

12.) Bandar Ainsdale

13.)Bandar Sri Sendayan

14.)Merlimau

15.)Bukit Katil

16.) Bakri

17.)Indera Mahkota 2

18.) Indera Mahkota 3