KHAIRUL AZNI KARIM
KHAIRUL AZNI KARIM

Mereka yang berusia antara 25 hingga 40-an itu berhimpun di hadapan Dewan Warisan kira-kira pukul 2.30 petang sebelum memulakan perjalanan dengan melalui bulatan Kangar, Jejawi, Arau, Pauh, Kuala Perlis serta berakhir di mini Putrajaya di sini.

Menurut jurucakap kumpulan itu, Khairul Azni Karim, 39, konvoi yang sudah memasuki tahun kelima itu, diadakan atas inisiatif mereka sendiri dengan tujuan menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan.

Katanya, program itu juga mampu merapatkan hubungan sesama rakan yang memiliki jentera tersebut.

“Kesemua kos perbelanjaan mengadakan konvoi ini termasuklah membuat kemeja T adalah dengan menggunakan wang sendiri.

“Sekiranya mendapat tajaan mana-mana pihak pada tahun hadapan, kami merancang untuk mengadakan konvoi yang lebih besar lagi,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambah Khairul Azni, dengan konvoi seperti itu, pihaknya bukan sahaja dapat menghargai nikmat keamanan tetapi juga menunjukkan semangat menyambut Bulan Kemerdekaan Kali Ke-61.

Katanya, bagi tujuan itu, setiap jentera dipasang dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri Perlis.

“Kami cuba tampil dengan kelainan kerana konvoi menggunakan kenderaan ini belum pernah mana-mana pihak yang membuatnya,” katanya. - UTUSAN ONLINE