pengakap2
 

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua ke program tahunan anjuran Persatuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis (PPMNPs) dengan kerjasama UiTM Perlis dan juga pelbagai agensi dan organisasi lain disambut oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perlis, Mohd Zaidi Omar serta kepimpinan Pengakap Negeri Perlis.

Perkhemahan pada kali ini yang dilaksanakan dari 26-28 April melibatkan kehadiran penyertaan seramai 246 orang ahli-ahli pengakap kanak-kanak daripada 18 buah sekolah rendah di seluruh negeri Perlis.

Turut diadakan di akhir perkemahan tersebut bersempena majlis penutupan ialah ‘Majlis Anugerah Ketua Persuruhjaya Negeri (Rambu Pengakap Kanak-Kanak)’.

Anakanda bongsu baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail yang turut mengambil bahagian di dalam perkhemahan bekenaan adalah di antara para penerima ‘Lencana Keris Gangsa’. Syed Sirajuddin Areeb Putra turut diumumkan sebagai penerima ‘Anugerah Ketua Platun Terbaik’ bagi perkhemahan tersebut. - UTUSAN ONLINE

pengakap-3