Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi negeri, Tan Hong Pin berkata, peletakan jawatan itu dibuat Mohammad Kamarul Ariffin semalam.

Hong Pin yang juga Setiausaha DAP negeri turut memberitahu, pihaknya akan mencalonkan pengganti dalam mesyuarat parti yang akan diadakan hujung bulan ini.

“Dia (Mohammad Kamarul Ariffin) telah meminta maaf kepada Tunku Ismail dan meletakkan jawatan sebagai ahli majlis, kami anggap perkara ini sudah selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri pertandingan golf amal di Forest City Golf Resorts, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE