Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Perkasakan 'Satu Keluarga 
Seorang Graduan'

Ahmad Maslan menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan sempena 
Ahmad Maslan menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan sempena  Mesyuarat Agung, PIBG,  SMK Ayer Baloi, di Pontian, Johor, baru-baru ini.

PONTIAN 12 Mac – Program 'Satu Keluarga Seorang Graduan’ perlu terus disemarakkan bagi melahirkan lebih ramai golongan berpendidikan tinggi seiring usaha menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, sasaran tersebut bukan sahaja yang berjaya melanjutkan pengajian ke universiti awam atau swasta, malah golongan yang mengikuti latihan kemahiran peringkat ter­tinggi.

Justeru, bagi memastikan hasrat tersebut tercapai, beliau meminta pihak pentadbir sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bekerjasama erat memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam bidang pendidikan.

“Bagi kawasan Parlimen Pontian, kita menyasarkan program itu diperkasakan lagi agar setiap keluarga sekurang-kurangnya mempunyai seorang graduan sama ada di universiti mahupun institusi latihan kemahiran aras tinggi,” katanya pada Majlis Penyam­paian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan dan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Baloi, dekat sini kelmarin.

Yang turut hadir, Pengerusi PIBG SMK Ayer Baloi, Salehon Sengot dan Pengetua sekolah berkenaan, Ismail Rosdi.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri meminta supaya ibu bapa mencontohi golongan dahulu yang berjaya mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta walaupun tidak tahu menulis dan membaca.

“Kesungguhan mereka mendidik anak-anak walaupun dalam serba kekurangan telah berjaya mengubah nasib mereka yang sebelum ini hidup dalam kemiskinan dan kesusahan.

“Saya berharap kerjasama antara PIBG, Kumpulan Soko­ngan Ibu Bapa (KSIB) dan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) mampu diterjemahkan bagi merealisasikan harapan itu,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain