Pengerusi SPA, Tan Sri Arpah Abdul Razak berkata, ketika ini Spavol memiliki 100,000 ahli bersekutu yang terdiri daripada penjawat awam dan orang awam.

“Bantuan mangsa banjir boleh dilakukan dari segi penyediaan bahan makanan tetapi sekiranya diperlukan khidmat pembersihan rumah, kita juga bersedia.

“Selain itu, kita turut boleh bekerjasama memberikan bantuan dengan mana-mana institusi seperti universiti dan politeknik yang berhampiran dengan lokasi bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita merasmikan program jelajah kasih SPAVol edisi Orang Asli di perkampungan Orang Asli di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Bersih di Ulu Slim dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE