Kenyataan laman Facebook (FB) rasmi JAIPk hari ini memaklumkan, kadar baharu itu diluluskan oleh kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Perak yang bersidang 23 Januari lalu.

Katanya, kenaikan daripada RM100 kepada RM200 itu melibatkan jurunikah RM140 serta saksi pertama dan kedua masing-masing RM30.

Menurut kenyataan itu, sehubungan itu, kadar baru itu akan berkuatkuasa 1 Mac ini.

“Perkara ini akan dimaklumkan kepada semua Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di semua daerah di negeri ini.

“Semoga dengan maklumat ini akan dapat melancarkan perjalanan akad nikah yang dijalankan tanpa menimbulkan sebarang prasangka dan semua pihak berpuas hati.

“Semoga pernikahan yang dilaksanakan akan mendapat keberkatan di sisi Allah dan berkekalan sehingga ke Jannah,” kata kenyataan tersebut. - UTUSAN ONLINE