Setiausaha Publisiti DAP Perak, Chong Zhemin berkata, keputusan itu juga membuktikan Pas yang bekerjasama dengan UMNO tidak mampu untuk mentadbir kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, sehubungan itu DAP meminta UMNO dan MCA menyatakan pendirian dan bantahan terhadap keputusan kerajaan negeri Kelantan itu.

“Alasan Pas bahawa pembukaan panggung wayang akan membawa kepada masalah sosial bukan sahaja tidak berasas tetapi juga tidak logik.

“Tiada bukti kukuh bahawa pembukaan panggung wayang akan meningkatkan masalah sosial kerana panggung wayang dibenarkan di semua negeri kecuali Kelantan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE