Yang turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim serta diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman dan beberapa exco kerajaan negeri.

Galeri tersebut yang dibangunkan di sebuah bangunan warisan selepas menjalani kerja-kerja restorasi selama tiga tahun setengah, membawa pengunjung menelusuri sejarah perlombongan bijih timah di Ipoh dari tahun 1900.


Nama galeri itu diambil bersempena nama asal jalan di sini yang mengabadikan mendiang A. Hale, seorang pengutip cukai kerajaan British sebelum ia ditukar kepada nama Tun Sambanthan bagi memberi penghormatan kepada pejuang kemerdekaan negara.


Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin turut berkenan melafazkan titah perasmian selain melawat galeri berkenaan.


Ahmad Faizal ketika berucap pada majlis sama berkata, usaha untuk mengetengahkan nilai-nilai warisan negeri di Galeri Warisan 22 Hale Street oleh pengasasnya, Puan Sri Datuk Sandra Lee, wajar dipuji.


Beliau berkata, dengan adanya galeri berkenaan, para pelancong dapat menyelami keunikan warisan bandar raya Ipoh serta negeri Perak.


“Usaha ini bukan sahaja penting untuk mempromosi elemen warisan kepada generasi muda, malah membantu merancakkan pembangunan sektor pelancongan di negeri ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE