Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, J. Thavakumar berkata, peniaga membuang sampah di luar tong sampah yang disediakan di luar pagar di hujung sekolah berkenaan menyebabkan sekolah itu menjadi sarang pembiakan tikus.

Menurutnya, sejak Medan Selera Glutton Square dibukan 20 tahun lalu, masalah tikus semakin menjadi-jadi.

Katanya, walaupun peng­usaha gerai makanan menutup bahagian belakang kedai mereka dengan zink, masalah tersebut tetap berlaku.

‘Pihak sekolah mengambil pelbagai langkah untuk meng­atasi masalah ini tetapi tidak selesai.

“Kami khuatir masalah ini akan menjejaskan kesihatan murid sekolah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Integrasi Nasiona negeri, A. Sivanesan ke sekolah itu semalam.

Sementara itu, Guru Besar sekolah berkenaan, V. Sarasvathi berkata, pihak sekolah mem­belanjakan sejumlah wang untuk membeli perangkap tikus bagi mengatasi masalah tersebut.

Menurutnya, haiwan ber­kenaan datang dari medan selera berhampiran.

“Pejabat Kesihatan Daerah sudah dimaklumkan mengenai masalah ini dan mereka sudah melakukan pemeriksaan dan memberi racun tikus kepada pihak sekolah,” katanya.

Sementara itu, Sivanesan berkata, Pejabat Kesihatan Daerah dan Majlis Perbandaran Teluk Intan akan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah tersebut.