Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, setakat ini hanya sebuah sekolah sahaja yang terlibat dan mereka yang dijangkiti wabak penyakit itu telah pun diasingkan daripada pelajar lain.

“Penyakit ini biasanya hanya sementara sahaja dan tidak sukar untuk dikawal dengan kebanyakan daripada pesakit akan pulih dalam tempoh seminggu dua.

“Orang ramai terutama ibu bapa tidak perlu bimbang kerana anak-anak mereka hanya perlukan rehat dan diasingkan buat sementara waktu bagi mengelakkan jangkitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat rumah yang rosak dilanda ribut di Taman Kinta di Gopeng di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE