Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, jumlah itu melibatkan 23,783 murid tahun satu di sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) (7,702), sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) (1,643) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) (105).

Beliau berkata, Daerah Kinta Utara mencatatkan bilangan murid tahun satu paling ramai iaitu sebanyak 9,154 orang diikuti oleh Larut, Matang dan Selama (4,342 orang) dan Manjung (3,937 orang).

“Bantuan Awal Persekolahan berjumlah RM100 untuk keluarga berpendapatan rendah di bawah RM3,000 akan disalurkan pada 4 Januari ini untuk diagihkan terus ke sekolah.

“Sekiranya tidak mencukupi, pihak sekolah boleh membuat permohonan sehingga 30 April ini,” katanya ketika ditemui selepas meninjau suasana hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Pegoh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE