Anaknya, Muhammad Ikmal Zulfika Madyusri dan anak saudaranya, Muhammad Aidilfitri Jamil yang masing-masing berada di tingkatan lima dan darjah lima akan mula bersekolah.

Seorang lagi anak Aspalela, Siti Sainah Madyusri juga akan meneruskan persekolahannya di tingkatan lima.

Paling menggembirakan Aspalela apabila anak saudaranya, Muhammad Shahril Firdaus Jamil akhirnya bersetuju untuk menyambung semula persekolahannya di tingkatan lima.

SITI Sainah Madyusri akan bersekolah semula Isnin ini. - UTUSAN ONLINE

SITI Sainah Madyusri akan bersekolah semula Isnin ini. - UTUSAN ONLINE

Sebelum ini Muhammad Shahril Firdaus keberatan untuk ke sekolah semula kerana sudah lama berhenti sekolah.

Muhammad Shahril Firdaus berkata, dia bersetuju untuk bersekolah semula setelah mendengar nasihat daripada keluarga dan kawan-kawannya.

‘Ramai kawan-kawan saya yang menamatkan persekolahan dengan sijil SPM sudah berjaya dan saya mahu mengikut jejak mereka.

“Saya masih berminat untuk belajar demi keluarga dan masa depan,” katanya.

Muhammad Shahril Firdaus ditemui ketika membeli pakaian dan kelengkapan sekolah di sebuah pusat beli belah di sini hari ini.

Siti Sainah pula tidak sabar untuk berjumpa kawan lamanya di sekolah.

“Saya tidak sabar menunggu Isnin ini untuk berjumpa rakan-rakan lama di sekolah dan belajar seperti dahulu,” katanya.

MUHAMMAD Shahril Firdaus Jamil bersetuju untuk meneruskan persekolahan di tingkatan lima.- UTUSAN O

MUHAMMAD  Shahril Firdaus Jamil bersetuju untuk meneruskan persekolahan di tingkatan lima.- UTUSAN ONLINE

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kesempitan hidup yang dilalui Aspalela sekeluarga memaksa dua anak dan tiga anak saudara yang dipeliharanya sejak kecil berhenti sekolah sejak beberapa tahun lalu. - UTUSAN ONLINE