Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Amiruddin Muhamed berkata, prosedur operasi standard yang bakal diguna pakai di seluruh negeri ini dengan mengambil contoh pengurusan tanah kubur di Wilayah Persekutuan itu dijangka bakal dilaksanakan pada tahun depan.

Bagaimanapun beliau yang mengakui cadangan itu masih di peringkat awal berkata, pelbagai aspek perlu diteliti ekoran sesetengah tanah perkuburan itu telah diwakafkan serta diwarisi pengurusannya melibatkan beberapa lapisan generasi.

“Sudah sampai masanya untuk kita membuat satu manual perkuburan untuk menguruskan tanah perkuburan ini. Kita tidak mahu pada suatu hari nanti, di­sebabkan tiada sesuatu peraturan tetap, ada yang mengenakan caj pengebumian tinggi sehingga RM4,000 atau RM5,000 pada masa akan datang.

“Kita tidak mahu urusan pengebumian ini dikomersialkan dan memberikan suatu pulangan bagi ke­giatan ekonomi.

“Kita tidak mahu tanah perkuburan ini dimiliki oleh individu atau pertubuhan tertentu yang menguruskannya,” tegas beliau.