Pengerusi LPP, Tan Sri Zainal Dahalan berkata, untuk itu LPP akan memastikan semua wanita mendapat peluang, pengetahuan dan pendedahan supaya mampu bergerak seiringi dengan arus perubahan negara melalui pergerakan Peladangnita Kebangsaan

Tambah Zainal, sehingga kini 40 peratus daripada 450, 000 ahli LPP di seluruh negara juga terdiri daripada kaum wanita dan jumlah ini diyakini akan terus bertambah.

“Tahun 2018 telah diumumkan sebagai tahun memperkasakan wanita kerana golongan ini merupakan aset penting kepada negara dan LPP menyambut baik dasar ini.

“Justeru, LPP telah menambahbaik dasarnya dengan menjadikan wanita sebagai ahli jemaah pengarah di semua peringkat pergerakan pertubuhan peladang di seluruh negara,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas dalam majlis perasmikan Karnival Peladang Jaya disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE