Kebakaran melibatkan kawasan seluas dua hektar itu menyebabkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya dihantar ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja memadam.

Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Mohd. Zamri Awang Long berkata, seramai 18 anggota termasuk tujuh orang dari Ipoh dan enam orang pula daripada Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baharu dihantar ke lokasi tersebut selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.16 petang.

Katanya, pihaknya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengawal kebakaran dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.30 malam.

"Semasa tiba di tempat kejadian, api pada awalnya hanya membakar kereta jenis Toyota Camry yang dipandu seorang lelaki warga asing.

"Bagaimanapun, kebakaran tersebut merebak cepat dengan api menyambar daun-daun kering berhampiran hingga menyebabkan kawasan bukit itu turut terbakar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE