Kanak-kanak itu terpaksa menanggung kesakitan lebih 30 minit sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik membantu mengeluarkan tangannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.47 petang.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian mendapati seorang kanak-kanak lelaki telah tersepit tangan kanannya pada bahagian belakang pemegang mesin pembancuh simen.

“Anggota bomba membuka skru dan menggunakan alat khas ‘Hydraulic Spreader’ untuk meregangkan pemegang belakang mesih bancun simen itu sebelum tangan kanak-kanak tersebut berjaya dikeluarkan.

“Mangsa yang cedera pada jari kelingking dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans. Operasi tamat pada pukul 6.22 petang,” katanya. - UTUSAN ONLINE