Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kampus UPSI Teluk 
Intan dibina Oktober ini

Mah SIEW KEONG (kiri) melihat pameran projek pembinaan dalam majlis
MAH SIEW KEONG (kiri) melihat pameran projek pembinaan dalam majlis penyerahan fasa pertama bagi pembinaan bangunan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional UPSI Kampus Teluk Intan di Batu 4, Changkat Jong, Teluk Intan, kelmarin. utusan/rokiah abdullah

TELUK INTAN 11 Julai – Pembinaan bangunan kampus ca­wangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini de­ngan kos lebih RM120 juta dijangka dimulakan Oktober ini.

Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, kerja-kerja fasa pertama melibatkan pembersihan tapak, tambakan dan rawatan tanah di kawasan projek seluas 32 hektar tersebut telah siap sepenuhnya pada 5 Jun lalu.

“Tidak sampai dua tahun kerja-kerja pengambilalihan tanah, pembersihan tapak, tambakan dan rawatan di kampus UPSI Teluk Intan berjaya diselesaikan. Ini membuktikan apa yang diumumkan pihak kerajaan bukan omong kosong.

“Malah, kejayaan ini sebenarnya satu sejarah kerana daripada apa yang diberitahu kepada saya selalunya kerja-kerja tersebut mengambil masa yang agak panjang sehingga ada yang mencecah 10 tahun.

“Kejayaan ini hasil kerjasama erat dari semua pihak yang diamanahkan menjayakannya. Te­rima kasih saya ucapkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak pengurusan UPSI, pasukan projek pembinaan serta jabatan dan agensi yang terlibat,” kata beliau.

Siew Keong yang juga Menteri Per­usahaan Perlada­ngan dan­ Ko­­­­­­­­moditi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan projek fasa pertama bagi pembinaan bangunan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) UPSI di Batu 4, Changkat Jong di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah JKR Perak, Datuk Jamilol Nasir Saad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Datuk Mohammad Azhar Jamaluddin dan Pegawai Daerah Hilir Perak, Shahrunaim Radzali.

Projek pembinaan UPSI tersebut adalah Projek Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang telah dirancang pada 2011.

Semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan cawangan UPSI di Teluk Intan.

Menurut Siew Keong, dengan adanya kampus cawangan UPSI dan institusi pendidikan lain seperti kampus perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kolej komuniti dan Kolej Vokasional di Teluk Intan, daerah Hilir Perak bakal menjadi hab pendidikan negara menjelang tahun 2020.

“Dalam masa sama, ma­sya­rakat berbilang kaum akan dapat merasai nikmat ekonomi setempat,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain