Program tersebut diadakan di Sekolah Ladang Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian di Kampung Dew, Selinsing di sini.

Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan majlis seperti sukan bendang melibatkan acara futsal, bola sepak, lari dalam guni dan tarik upih.

Turut diadakan adalah per­tan­dingan gubahan buah-buahan­ dan gerai-gerai jualan produk kam­pung yang dihasilkan oleh pen­duduk tempatan.

Selain itu, peralatan tradisi­onal bersawah juga dipamerkan selain pemeriksaan kesihatan menerusi program Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen).

Pengarah Pertanian negeri, Norsham Alwi berkata, program diadakan bertujuan meraikan pesawah yang berpenat-lelah mengusahakan tanaman padi.

“Menerusi program seum­pama ini, secara tidak langsung dapat mengeratkan kerjasama antara pesawah dan pegawai jabatan selain dapat memudahkan komunikasi secara berhadapan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Ja­watankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari memuji penganjuran program tersebut.

Katanya, program berkenaan seolah-olah mengingatkan semula kemeriahan acara yang hampir sama pernah diadakan sebelum ini iaitu dikenali sebagai Sukan Bendang.

“Program ini amat baik untuk mempertemukan agensi pertanian dan masyarakat setempat.

“Walaupun cuma sehari, ushaa yang dilakukan ini dapat mewujudkan suasana mesra antara kerajaan dan golongan petani,” katanya.

Pengarah IADA Kerian, Jong Chun Sun pula berkata, lebih 2,000 orang menghadiri program diadakan tersebut.

“Cuaca panas tidak meng­halang mereka termasuk wani­ta, belia dan kanak-kanak mengambil bahagian dalam acara yang disediakan.

“Ini membuktikan bahawa golongan petani sangat tahan lasak dari segi fizikal dan mental seperti mana kerja-kerja seha­rian yang dilakukan,” katanya.