Ini kerana durian di sini berbuah sepanjang tahun dan ini memberikan rezeki yang tidak putus-putus kepada peniaga durian.

Zainal Abidin Harun, 65, dari Changkat Jering yang menjadikan jualan durian sebagai mata

ZAINAL ABIDIN HARUN (kiri) melayan pelanggan yang menikmati durian
ZAINAL ABIDIN HARUN (kiri) melayan pelanggan yang menikmati durian di Laman Changkat Jering, Bukit Gantang, Perak, kelmarin. – UTUSAN/A. MALEK ASLIE

pencariannya sejak 14 tahun lalu berkata, boleh dikatakan durian di sini tidak putus berbuah.

Katanya, ini memberikan dia rezeki yang baik kerana mampu menjual purata yang agak tinggi iaitu 70 hingga 100 kilogram pada hari biasa dan 200 hingga 500 kilogram pada cuti umum.

“Durian Bukit Gantang memang terkenal kerana enak dan berkualiti dan antara yang menjadi pilihan adalah durian kampung, Musang King serta D15.

“Peminat durian Bukit Gantang bukan sahaja dari Perak malah dari jauh sehingga Kedah, Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur sanggup datang ke sini untuk menikmatinya,” katanya.

Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Din berkata, gerai jualannya di Laman Changkat Jering di sini terletak di lokasi yang mudah dikunjungi dan menjadi laluan utama pengguna jalan raya.

Katanya, ini memudahkan pengguna jalan raya dari Kuala Kangsar-Taiping dan Lebuh Raya Utara Selatan dan ke Pantai Remis untuk singgah.

“Saya beli durian dari orang kampung berdekatan dan ada juga yang menghantar terus kepada saya. Gerai jualan saya dibuka dari pagi hingga malam setiap hari,” katanya.

Katanya, ketika ini selain durian, di Bukit Gantang juga sedang musim buah-buahan lain seperti rambutan.

“Saya bersyukur pendapatan saya hasil jualan durian dapat menyara kami lima sekeluarga,” katanya.