Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Pegawai Bomba Anuar Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan itu pada pukul 6.48 petang.

“Kemalangan menyebabkan kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta selamat.

“Seorang daripada mangsa yang merupakan pembonceng motosikal, tercampak ke dalam cerun sedalam kira-kira 1.5 meter,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE