Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkhidmatan bas dua tingkat itu bakal menjadi sebahagian daripada warna-warni bandar raya ini.


“Kerajaan juga sedang mengambil inisiatif untuk melaksana usaha menaik taraf Ipoh Tourist Information Centre (ITIC) demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan keselesaan para pelancong. 


“Selain itu, pencahayaan dan hiasan di beberapa lokasi akan turut dinaik taraf bagi menambah nilai estetika kepada bandaraya Ipoh,” katanya.


Ahmad Faizal berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Galeri Warisan 22 Hale Street di Pekan Lama Ipoh di sini yang disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. - UTUSAN ONLINE