Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari berkata, kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu lalu apabila lori kontraktor yang membawa jentera telah terlanggar struktur jejantas tersebut.

Beliau berkata, ekoran pelanggaran itu, struktur jejantas telah terganjak sedikit ke hadapan selain mengakibatkan keretakan pada struktur pier dan support.

ABDUL YUNUS JAMHARI
ABDUL YUNUS JAMHARI 

“Keadaan struktur masih stabil dan keretakan hanyalah disebabkan impak secara literal daripada pelanggaran tersebut.

“Pihak kontraktor ketika ini sedang melaksanakan kajian lanjut berkaitan struktur dan akan mengemukakan laporan lengkap kaedah pembaikan yang dilaksana dalam tempoh dua minggu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Abdul Yunus berkata, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga mengambil maklum isu tersebut dan penghadang dipasang di kawasan berkenaan.

“Kerja-kerja pembaikan akan dilaksana pihak kontraktor selepas mengemukakan laporan itu kepada MBI,” katanya.