Ketibaan Timbalan Perdana Menteri bersama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir disambut oleh Ketua Polis negeri, Datuk Hasnan Hassan.

Ahmad Zahid memeriksa perbarisan kehormat anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Sungai Senam di pekarangan bangunan IPK Perak dan bergambar dengan pegawai serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Perak.

Beliau kemudiannya mengadakan mesyuarat tertutup bersama pegawai PDRM kontinjen Perak. - UTUSAN ONLINE