Pengagihan tablet melibatkan guru di 147 buah sekolah di daerah berkenaan yang disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shafie di Pejabat Pendidikan Daerah Larut, Matang dan Selama di sini.


Yang turut hadir, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Maklumat Jabatan Pendidikan negeri, Zolkefli Mohd. Idris; Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Menengah, Mazlan Abd. Majid dan Penolong Pengurus Kawalan Kredit, Utusan Melayu (M) Berhad, Azman Musa.


Kelmarin, sebanyak 3,499 tablet diserahkan kepada guru-guru di daerah Kuala Kangsar. - UTUSAN ONLINE