Lebih 60 pengamal media me­nyertai sesi taklimat bermula dari pukul 9 pagi hingga 1 petang yang disampaikan oleh Pendaftar Akademi Pilihan Raya SPR, Nik Aminudin Nik Shahar Shah dan Penolong Pengarah Pendidikan Pengundi akademi tersebut, Abdul Fatah Mohd. Pilus di Auditorium Kompleks Seri Iman di sini.

Pihak media diberi penera­ngan berhubung perjalanan sistem pilihan raya di negara ini di samping prosedur permohonan pas media dan tatacara membuat liputan sepanjang PRU-14.

Akademi Pilihan Raya SPR turut melakukan simulasi senario proses pengundian dan pengiraan undi yang dilakukan sepenuhnya di pusat mengundi di seluruh negara pada hari pengundian.

Sesi taklimat itu menyentuh isu-isu berbangkit setiap kali pilihan raya bagi memperbetulkan persepsi negatif umum terhadap ketelusan SPR seperti dakwaan pengundi hantu, manipulasi daftar pemilih, peti undi dan dakwat pilihan raya serta kebocoran maklumat calon dipilih pengundi pada kertas undi.

Hadir sama, Pengarah Pejabat Pilihan Raya negeri, Nik Andy Suwardy Amry.