Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, 15 murid yang terjejas dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

“Mereka yang dirawat merupakan murid berusia antara 7 hingga 12 tahun dan dua orang kakitangan sekolah.

“Empat daripada mereka di rawat di Zon Merah, tiga di Zon Kuning manakala lapan yang lain di Zon Hijau,” katanya dalam sidang akhbar di Sekolah Agama Taman Mawar, di sini sebentar tadi.

Petang tadi, penduduk di sekitar daerah ini dikejutkan dengan berita pencemaran udara yang berlaku di Sekolah Agama Taman Mawar dan Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4 di sini - UTUSAN ONLINE