Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pasar Raja Bot: Perlu campur tangan PM?

Cuba tengok isu Pasar Raja Bot, asyik tukar kontraktor sahaja. Utusan Kota boleh terus perjuangkan isu ini, kalau tidak sampai bila baru siap?,” demikian cadangan seorang jurugambar tidak lama selepas saya dipindahkan semula ke Kuala Lumpur.

Laporan di ruangan Kami Pantau Khidmat Anda di Utusan Kota siaran 8 Februari lalu hanyalah susulan daripada beberapa laporan mengenainya sejak projek pembangunan semula itu dilancarkan pada 2011.

Sebenarnya, para peniaga di pasar berusia lebih 60 tahun itu bersedia untuk membangun bersama dalam projek ini malah sudah ‘menghafal’ maklumat asas projek iaitu peruntukan RM200 juta, kawasan seluas 48,032 meter persegi dan mampu menampung sehingga 1,527 peniaga.

Namun pertukaran kontraktor bersilih ganti menyaksikan projek mega dengan empat fasa itu pasti tertangguh melepasi tarikh ia sepatutnya siap Oktober ini memandangkan kelompok sulung peniaga terlibat dipindahkan semula selepas dua tahun berbanding janji awal hanya lapan bulan.

Pembangunan secara in-situ oleh Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini tidak memerlukan peniaga berpindah jauh dari lokasi namun sudah tentu tidak dapat lari daripada ‘gangguan’ sepertimana pembangunan semula yang lain.

Terbaharu, Pengerusi PKB, Datuk Affendi Zahari sendiri mengesahkan bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz memaklumkan kontraktor terlibat menarik diri dan pengganti sedang diusahakan.

Baki ketiga-tiga fasa pembangunan semula Pasar Raja Bot ini tidak akan siap menjelang Oktober depan kerana pertukaran kontraktor cukup memberi bayangan bahawa ia adalah projek bermasalah.

Sudah pasti baki ketiga-tiga fasa pembangunan semula Pasar Raja Bot ini tidak akan siap menjelang Oktober depan kerana pertukaran kontraktor cukup memberi bayangan bahawa ia adalah projek bermasalah.

Persoalannya, adakah ia akan menjadi projek gajah putih sekali gus membantutkan transformasi Kampung Baru? Atau kontraktor berwibawa dapat mengambil alih fasa berbaki sehingga sempurna?

Pokoknya jangan tinggalkan peniaga-peniaga berteka-teki sendiri dengan nasib mereka. Atau mungkin sudah sampai masa pucuk pimpinan kerajaan waima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri campur tangan dalam hal ini?

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain