Guru Besar SK Jelor, Samsul Bahari Mohd. Jali berkata, program itu merupakan sumbangan sosial pihak sekolah kepada komuniti setempat.

Menurutnya, Program Mari Mengaji dikendalikan oleh Munsyi Jawi Kebangsaan, Mansur Mohamed yang juga guru Bahasa Arab di SK Jelor

“Kelas untuk orang dewasa telah bermula sejak minggu lepas dengan penyertaan seramai 20 penduduk setempat. Kita masih membuka penyertaan kepada sesiapa yang berminat.

“Kelas ini diadakan pada setiap hari Jumaat bermula pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Samsul Bahari berkata, kelas tersebut dibuat di surau sekolah iaitu Musalla al-Hidayah yang juga merupakan johan Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah (ASISS) peringkat negeri baru-baru ini.

Menurutnya, program seum­pama itu diharap dapat menge­ratkan hubungan dua hala di antara komuniti setempat de­ngan pihak sekolah selain membantu merealisasikan hasrat pihaknya untuk menjadikan SK Jelor sebagai pusat komuniti.