Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pangsapuri mampu milik Jasin Bestari harga RM106,000 hingga RM118,000 seunit

Idris Haron (dua dari kanan)  melihat replika pembangunan selepas
Idris Haron (dua dari kanan) melihat replika pembangunan selepas menyempunakan majlis pecah tanah pangsapuri mampu milik Pertam di Jasin Bandar Bestari, Melaka, kelmarin.

MELAKA 16 Ogos – Kerajaan ne­geri sentiasa berusaha membantu golongan bumiputera berpendapatan rendah dan sederhana iaitu mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah agar dapat memiliki rumah yang selesa de­ngan harga lebih rendah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, projek pembinaan pangsapuri mampu milik di Bandar Jasin Bes­tari ia menawarkan harga antara RM106,000 hingga RM118,000 seunit yang dilihat dapat membantu golo­ngan berkenaan.

Menurutnya, harga itu me­rupakan yang paling rendah ditawarkan Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (Pertam) untuk pembeli bumiputera.

“Mengikut harga pasaran semasa di peringkat nasional untuk rumah mampu milik de­ngan keluasan melebihi 850 kaki persegi (78.9 meter persegi) adalah antara RM150,000 hingga RM180,000, bagaimanapun harga Pertam yang diluluskan Jawatankuasa Belah Bahagi Negeri adalah lebih rendah.

“Kelulusan cadangan harga ini membuktikan kerajaan ne­geri begitu prihatin kepada rak­yat berpendapatan rendah dan memastikan golongan ini dapat mampu memiliki rumah yang lebih selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pecah tanah Pangsapuri Mampu Milik Pertam Bandar Jasin Bestari, di sini semalam.

Kata Idris lagi, projek perumahan mampu milik di Bandar Jasin Bestari itu sejajar agenda memperkasa ekonomi bumiputera sekitar daerah Jasin khasnya.

“Sebanyak 320 unit rumah akan dibina dengan kos ke­seluruhan RM35 juta menerusi projek pangsapuri mampu milik di atas tanah berkeluasan 3.31 hektar yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain