Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Wakaf untuk pembinaan asrama UMP

Kolej Kediaman Mawaddah dibina untuk mahasiswa asnaf

KONSEP wakaf diperluaskan untuk mengumpul dana bagi pembinaan 3
KONSEP wakaf diperluaskan untuk mengumpul dana bagi pembinaan Kolej Kediaman Mawaddah.

KUANTAN 5 Julai - Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memperluaskan konsep wakaf di negeri ini de­ngan memper­kenalkan wakaf dalam talian bagi mengumpul dana untuk pembinaan sebuah ba­ngunan asrama Kolej Kediaman Mawaddah di universiti berkenaan.

Bangunan asrama yang dinamakan Kolej Kediaman Mawaddah itu diwujudkan untuk memberi perkhidmatan perlin­dungan kepada mahasiswa dalam kalangan anak yatim dan asnaf yang didirikan di atas tanah seluas kira-kira 0.8 hektar di UMP Pekan dekat sini dengan kos pembinaan RM5 juta.

Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, Muip bersetuju memasukkan projek pembinaan kolej kediaman berkenaan ke dalam Sistem Dana Wakaf Pahang dan segala kutipan wakaf tunai yang diterima akan di­salurkan sepenuhnya untuk pembangunan projek wakaf itu.

“Pihak UMP juga dibenarkan untuk membuat kutipan dana wakaf tunai daripada orang ramai untuk projek pembinaan ini. Kolej kediaman yang dijadualkan pembinaannya pada tahun ini dijangka siap pada 2018 dan akan memberi manfaat kepada 220 orang mahasiswa daripada golongan anak yatim dan asnaf,” katanya.

Beliau berkata, wakaf tunai memberi peluang kepada ma­sya­rakat menderma mewakili diri sen­diri, ahli keluarga, saudara mara atau individu yang telah meninggal dunia sebagai pelaburan sepanjang hayat demi kesejahteraan ummah.

“Terdapat pelbagai cara melaksanakannya, antaranya penyumbang boleh mengkreditkan terus sumbangan ke akaun Bank Islam: 0607 3010 0246 79 atau Maybank: 5562 3530 9907 atas nama Bendahari UMP atau melalui pa­utan Portal Dana Wakaf Pahang ewakaf.muip.gov.my ataupun me­lalui Perbankkan Internet di laman sesawang mygift.ump.edu.my,” jelasnnya.

Dalam pada itu, Daing Nasir turut berkongsi tentang perkembangan program MyGift UMP iaitu sebagai saluran sumbangan endowmen universiti bagi tujuan tajaan pendidikan, penyediaan kemudahan prasarana kepada penuntut mahupun membudayakan semangat membantu golongan yang memerlukan.

Jelasnya, sebanyak sepuluh jenis endowmen atau tabungan yang dilaksanakan iaitu Endowmen Kursi, Endowmen Biasiswa Pelajar, Endowmen Makmal/Ke­mu­dahan dan Endowmen Kecemerlangan, Tabung Ramadan, Tabung Masjid, Tabung Bencana, Tabung Wakaf, Tabung Komuniti dan Tabung Prasarana.

Katanya, baru-baru ini, Lembaga Pemegang Amanah MyGift meluluskan Endowmen Biasiswa Pelajar sebanyak RM560,000 untuk mahasiswa baharu yang mempunyai latar belakang keluarga miskin dan mereka yang memiliki keputusan cemerlang untuk mengikuti pengajian di UMP bagi sesi akademik akan datang.

“Melalui inisiatif MyGift juga, satu skim bantuan insentif pendidikan bernilai RM1,000 seorang mahasiswa juga akan terus dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada mahasiswa baharu yang menghadapi masalah kewang­an pada sesi pendaftaran akan datang.

“Bantuan akan disaring di pe­ringkat Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan alumni bagi membantu mahasiswa baharu yang mempunyai masalah kewangan dengan menyediakan keperluan berkaitan sewaktu memulakan pengajian di sini,” katanya.

Jelasnya, program MyGift di­perkenalkan sebagai kemudahan kepada warga kampus dan alumni serta pihak luar terutamanya daripada industri mahupun syarikat untuk sama-sama menyumbang kepada tabung endowmen sebagai menyokong budaya menderma demi memakmurkan ilmu pendidikan di universiti.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain