Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, apa yang penting adalah semua ahli UMNO perlu memberikan fokus sepenuh­nya kepada PRU-14 bagi mendapatkan mandat besar rakyat.

“Kita kena melihat apa sebenarnya fokus kita, iaitu menentang orang yang menentang BN, khususnya Pakatan Harapan yang diketuai DAP. Inilah musuh kita,” katanya di sini baru-baru ini.

Ahmad Nazlan yang juga penyandang Ahli Parlimen Je­rantut berkata, pemimpin UMNO harus bersatu dan menyatukan rakyat bagi menyokong BN pada PRU-14.

 Katanya, masalah yang di­timbulkan sesama ahli perlu dielakkan kerana boleh menjejaskan sokongan dan keyakinan rakyat kepada UMNO.

“Rakyat melihat perkara ini yang akhirnya saya bimbang rakyat menterjemah dalam bentuk undi. Rakyat tahu jasa UMNO dari dahulu sampai sekarang tidak pernah surut melalui pelbagai ikhtiar membantu rakyat,” katanya.