Ketuanya, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat berkata, tohmahan yang dilemparkan pembangkang kepada kerajaan pada pilihan raya lalu seperti isu Lynas adalah fitnah semata-mata.

"Situasi buruk yang digambarkan pembangkang dalam isu Lynas tidak langsung berlaku sepanjang empat tahun ini.

"Saya harap pengundi terutama kira-kira 65 peratus dalam kalangan orang Melayu dapat membuka mata dan sedar agar tidak termakan dengan hasutan pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuantan yang disempurnakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE