Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tengku Abdullah lancar pembinaan Kolej Kediaman Mawaddah UMP

Tengku Abdullah rasmi kolej UMP
TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH diiringi Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah beramah mesra dengan kakitangan Universiti Malaysia Pahang (UMP) ketika hadir pada Majlis Pelancaran Pembinaan Kolej Kediaman Mawaddah dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di UMP kampus Pekan di Pekan, Pahang hari ini. - UTUSAN ONLINE/MAHATHIR ALI

PEKAN 6 Julai - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran pembinaan Kolej Kediaman Mawaddah dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kampus Pekan di sini hari ini.

Berangkat sama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

Yang turut hadir Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan; Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Datuk Seri Mohd. Hilmey Mohd. Taib; Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Ahli Lembaga Pengarah universiti berkenaan, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib.

Majlis itu menyaksikan satu lagi projek penting yang dibangunkan melalui inisiatif MyGift iaitu pembinaan Kolej Kediaman Mawaddah secara wakaf dengan kerjasama Muip khusus kepada mahasiswa UMP dalam kalangan anak yatim dan asnaf.

Kolej kediaman itu akan dibina di atas tanah seluas kira-kira 0.8 hektar di UMP Kampus Pekan dengan kos RM5 juta.

Daing Nasir berkata, inisiatif MyGift UMP menjadi platform dana runcit atau ‘crowdfunding’ yang sistematik dan berstruktur untuk universiti berkenaan meneroka peluang pembiayaan bagi tujuan endowmen, wakaf pendidikan, bantuan asnaf, pembiayaan fasiliti dan seumpamanya selari dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Muip telah memberikan kelulusan rasmi untuk UMP memulakan kutipan wakaf bagi tujuan pembinaan Kolej Kediaman Mawaddah dengan bantuan dana permulaan dari Muip berjumlah RM400,000.

“Keputusan membangunkan kolej kediaman ini bertitik-tolak daripada keprihatinan mendalam terhadap kesulitan hidup dan kekangan kewangan dihadapi segelintir mahasiswa bagi membiayai kos penginapan sepanjang tempoh pengajian mereka di universiti ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain