Baginda yang diiringi Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di dewan berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Baginda berdua turut merenjis air mawar kepada pasangan pengantin Mohd. Zharfan Mohd. Musa, 27 dan Nur Sabrina Mohd Aseraf, 21, sebelum menjamu selera.

Mohd. Musa berkata, beliau bersama isteri, Datin Syed Begum Mustakim mengucapkan jutaan terima kasih kerana baginda sudi memeriahkan majlis pada hari ini.

Pengumuman mengenai mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri di Kuala Lumpur semalam dipercayai berkaitan kedudukan takhta kesultanan Pahang dijadualkan diadakan di Istana Abu Bakar di Pekan, dekat sini pada pukul 3 petang ini. - UTUSAN ONLINE