Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, pelbagai aktiviti khususnya mengenai pelaburan akan dilaksanakan sepanjang enam hari MSAM bertemakan ‘Pelaburan 360 Hari’ itu.

“MSAM 2017 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 April ini manakala majlis penutup dijadual disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 25 April ini.

“Saya berharap orang ramai khususnya masyarakat Temerloh dapat datang beramai-ramai untuk memastikan kita dapat mencapai dan melebihi sasaran 150,000 pengunjung,”katanya ketika berucap pada majlis bersama Kumpulan PNB di Dewan Sri Kerinau di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin. - UTUSAN ONLINE